Monday, August 2, 2010

ANALISIS SWOT

STRENGTH (KEKUATAN)
  • Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria, selepas itu, maklumat akan di tafsir dalam satu ingatan, kemudia ia di hantar ke stor jangka panjang dan akhirnya kepada pengerak tindak balas melalui sistem saraf.
  • Berfokuskan kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah yang bersistematik dan berurutan.
  • Melalui model projek, murid boleh belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian luar dan lawatan.
  • Berdasarkan model inkuiri, murid dapat melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi mengasahkan kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan serta membina dan seterusnya menguji konsep dan hipotesis.
  • Mendapat ganjaran daripada guru dan melakukan tingkah laku melalui peneguhan yang diberikan.
  • Guru lebih bersedia sebelum membuat pengajaran di dalam bilik darjah.
  • Guru mengetahui teknik dan kaedah yang dapat membantu murid mengingati isi pelajaran.
  • Model ini mempunyai maklumat yang holistik mengenai bagaimana minda memproses maklumat, menerima maklumat, menyimpan maklumat, mengeluarkan maklumat untuk menggunakannya jika perlu dan mengubahsuai maklumat.
  • Model pemprosesan maklumat telah menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia untuk mencari makna dengan memperolehi dan mengorganisasi data, menyedari masalah dan menjana penyelesaian kepada masalah dan membentuk konsep dan bahasa untuk menyampaikannya.
  • Tokoh Gagne telah menerangkan beberapa fasa yang penting dalam ingatan jangka panjang. Pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.
  • Tokoh Gagne juga telah menerangkan mengenai lapan teori pembelajaran. Teori ini boleh dijadikan panduan kepada guru-guru dalam mengaplikasikannya semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Teori-teori ini telah menerangkan beberapa langkah iaitu daripada peringkat yang mudah ke peringkat yang lebih kompleks.
  • Di dalam model pemprosesan maklumat ini, ia mempunyai beberapa model lain yang manjadi sub-sub di bawahnya. Antaranya adalah, model ekspositori, model inkuiri, dan model projek. Model-model ini sesuai untuk dijadikan rujukan oleh guru-guru sebagai panduan dalam memastikan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

WEAKNESS (KELEMAHAN)
  • Memerlukan motivasi untuk melaksanakan proses pembelajaran.
  • Pembelajaran berlaku melalui proses pelaziman tingkah laku yang sudah biasa di lakukan.
  • Murid akan mengulang tingkah laku yang baik jika di beri pujian atau ganjaran daripada guru.
  • Guru perlu menarik perhatian murid ketika ingin memulakan proses pembelajaran.
  • Murid tidak akan mendapat ilmu pengetahuan baharu.
  • Sebahagian murid akan menghadapi masalah dalam memahami isi pelajaran
  • Tahap kemampuan intelektual setiap murid berbeza antara satu sama lain.

OPPORTUNITIES (PELUANG)
  • Murid dapat memahami konteks konsep dan prinsip melalui model ekspositori.
  • Murid dapat menetapkan matlamat untuk diri sendiri.
  • Dapat memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif
  • Masyarakat dapat mencapai matlamat pendidikan peribadi, sosial dan kendiri.
  • Melalui pengajaran dan pembelajaran, guru dapat menyalurkan nilai kebudayaan dan kebangsaan.
  • Model ini dapat menunjukkan kesedaran dan penghargaan mengenai potensi diri murid-murid.
  • Guru boleh mempelbagaikan cara pengajaran bagi menarik minat murid.
  • Menerusi model pemprosesan maklumat ini, pelbagai peluang yang boleh diambil oleh guru-guru mahupun pelajar dalam mengaplikasikan model ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan.
  • Kupasan mengenai model ini oleh Robert Mills Gagne telah memperkenalkan pelbagai fasa dan teori-teori mengenai proses pengajaran dan cara menyimpan maklumat dalam ingatan jangka masa panjang.
  • Kajian yang lengkap mengenai model pemprosesan maklumat ini memberi banyak faedah kepada individu dalam cara memproses maklumat.

THREAT (ANCAMAN)
  • Murid hanya ingin mempelajari sesuatu sekiranya mendapat ganjaran daripada guru sahaja.
  • Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajarn untuk mengelakkan murid merasa bosan.
  • Peneguhan yang diberikan perlulah bersesuaian dengan tahap dan potensi murid.
  • Murid akan keliru dengan isi pelajaran apabila mereka tidak memahami apa yang guru sampaikan.



No comments:

Post a Comment