Setiap teori mahupun model pengajaran mempunyai implikasinya yang tersendiri terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan model pengajaran pemprosesan maklumat Gagne ini. Antara implikasinya model ini adalah terhadap guru dan juga murid selain kepada proses pengaajran dan pembelajaran itu sendiri.
Implikasi pertama, guru perlu menggunakan bahan konkrit untuk mengajar bahasa. Ini kerana dengan menggunakan bahan konkrit, murid akan lebih memahami pengajaran bahasa kerana murid memerlukan benda maujud untuk mengaitkannya dengan pemahaman mereka.
Seterusnya, guru perlu mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan (rangkaian motor). Hal ini kerana dengan mengajarkan sesuatu kemahiran mengikut urutan bagi memudahkan murid untuk menguasai kemahiran tersebut. Contohnya, dalam kemahiran bahasa, guru akan mengajarkan kemahiran lisan terlebih kerana kemahiran ini merupakan kemahiran yang lebih rendah berbanding kemahiran membaca dan seterusnya kemahiran menulis yang lebih tinggi.
Selain itu, guru perlu membimbing murid membezakan ciri-ciri penting. Bimbingan guru ini penting bagi mengelakkan murid membuat kesilapan ketika membezakan sesuatu ciri penting. Apabila guru membimbing murid, guru perlulah membuat penerangan terlebih dahulu bagi memastikan murid faham apa ciri penting tersebut.
Implikasi lain, melalui model ini guru dapat membimbing murid mengenal pasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Hal ini kerana apabila murid telah dibimbing oleh guru mengenal pasti ciri khusus maka murid akan dapat membina konsep atau rumus. Contohnya, guru memberikan beberapa ciri khusus seperti bersisik, berekor, bersirip dan berenang kepada murid kemudian murid akan dapat membina konsep bahawa ciri tersebut merupakan ciri seekor ikan.
Terakhir, guru dapat membimbing murid menggunakan prinsip, hukum dan teorem untuk menyelesaikan masalah. Ini dapat dilihat ketika guru mengajarkan operasi +,-,x dan ÷ kepada murid. Kemudian dengan bimbingan guru, murid akan cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan oleh guru.

- Implikasi Model Pengajaran Ekspositori
Sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan. Ia kurang berkesan jika digunakan untuk keseluruhan waktu mengajar. Tidak sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekolah rendah. Ini kerana murid sekoalh rendah masih belum mampu untuk belajar dengan teknik ekspositori mereka akan cepat berasa bosan dan jemu dengan P&P yang sama dan berulang-ulang.
Selain itu, guru dapat menjimatkan masa. Model ini merupakan cara paling berkesan untuk menyampaikan kemahiran, konsep dan prinsip matematik, sains dan sebagainya. Ini kerana kemahiran tersebut memerlukan penyampaian maklumat dan penerangan yang berulang-ulang oleh guru bagi mengukuhkan pemahaman murid.
Sebagaimana yang dinyatakan, kaedah ekspositori hanya sesuai digunakan untuk menyampaikan pelajaran dalam peringkat perkembangan sahaja. Jika kaedah ini digunakan untuk keseluruhan waktu mengajar, kaedah ini akan menjadi kaedah syarahan yang dianggap kurang berkesan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
Seterusnya, model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru. Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja. Model ini menggunakan pendekatan yang berpusatkan guru di mana guru yang akan menyampaikan sesuatu isi pelajaran tanpa dipersoalkan oleh murid.
2.Implikasi Model Pengajaran Inkuiri
Dalam model ini, murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis. Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul. Murid akan lebih mudah memahami sesuatu konsep melalui model ini kerana murid sendiri yang membuat pengujian untuk memahaminya.
Ini dapat dilihat bahawa proses ‘hands on’ akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada murid. Selain mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap sesuatu konsep atau tajuk. Hal ini kerana manusia lebih mudah memahami dan mengingati perkara yang mereka sendiri lakukan secara amali berbanding lisan.
Model ini membantu guru menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan menyediakan bahan yang sesuai.
Merancangkan langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip, ataupun teori dengan jelas dan terperinci. Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai fasilitator yang berkesan.
Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri murid.