Tuesday, August 3, 2010

KONSEP TEORI

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Model memproses maklumat terdiri daripada


1) Ingatan Deria


Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang telah wujud pada deria. Masa simpanan maklumat yang mungkin berlaku ialah antara 1 hingga 3 saat. Malah, maklumat akan hilang serta merta sekiranya tidak diproses.


2) Ingatan Jangka Pendek


Tempoh simpanan maklumat bagi ingatan jangka pendek adalah antara 5 hingga 20 saat. Maklumat akan diproses, ditapis disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka penjang untuk disimpan. Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih iaitu “selective attention”. Selain itu, maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindahkan ke ingatan jangka pendek. Sesuatu “chunk” tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf atau angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan ia berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak).


3) Ingatan Jangka panjang


Ingatan jangka panjang adalah satu proses menyimpan maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Satu komponen dalam struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. Ingatan jangka panjang adalah komponen memori yang mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik termasuk pengetahuan am tentang dunia. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dikod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang otak semasa sesuatu proses kemasukan maklumat itu berlaku. (http://www.scribd.com/doc/14277943/Konsep-Pengajaran-Model-Pengajaran )




1 comment: