Tuesday, August 3, 2010

TEORI

Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat.Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks.Langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat:

• Perhatian pelajar: Mulakan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru & pengajaran. Cth: Dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa contoh perkakasan komputer ke dalam kelas.

• Merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari & dikaitkan dengan topik yang akan diajar.

• Penekanan kepada isi pengajaran yang penting. Penggunaan bahan bantu mengajar yang tepat dengan tajuk yang akan disampaikan.Cth: Edarkan hand out, penyediaan slaid Powerpoint.

• Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian.Cth: Perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer.

• Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima & memahaminya.Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru diterima.

• Pengulangan. Cth: Meningatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari (ingatan jangka pendek).

• Menyediakan beberapa aktiviti @ latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas (ingatan jangka panjang).



Pengkodan Maklumat dalam Ingatan Jangka Panjang (Encoding Information in Long Term Memory)



Apakah yang dimaksudkan dengan 'pengkodan'? Pengkodan ialah proses memori yang melibatkan transformasi (pembentukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang boleh disimpan dalam memori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian dikod. Pelbagai eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengkod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak dikod dengan baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu berada diingatan jangka pendek, selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang. Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang mengkod maklumat pada peringkat MAKSUD ('meaning level') berjaya memindahkan maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh Craik & Lockhart pada 1972.


Prinsip penentuan pengkodan (encoding)


Prinsip memori yang menunjukan perkaitan rapat antara encoding dan proses pemulihan memori yang menetapkan bahawa pencapaian dalam ujian memori secara tidak langsung berkait dengan jumlah persamaan antara praktis dan konteks ujian. Contohnya, lebih banyak persamaan, lebih baik pencapaian dalam ujian tersebut. Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory) Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita kanak-kanak lagi).


Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:

1)Pengetahuan Deklaratif

a) Memori Semantik

b) Memori Episodik.

2) Pengetahuan Prosedural

3) Imageri

Pengetahuan deklaratif

semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil Memori Episodik.

Contoh : Memori semantik
Ciri-ciri hari akan hujan dan tidak sesuai untuk meneruskan permainan

Contoh : Memori episodik
Saya tercedera semasa bermain hoki semalam

Collins & Quillian (1969) mencadangkan Model TLC yang menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakili maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa kita menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh.


pengetahuan Prosedural

semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesuatu.


Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar.

Imageri

perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan bola yang ada dalam simpanan? Secara tidak langsung seseorang itu akan cuba membayangkan dirinya berada di stor peralatan sukan dan melihat ke arah bola tersebut. Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan stor sukan yang disimpan dalam ingatan jangka panjang.


Mengingat Kembali

Apabila kita cuba mengingat kembali maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, beberapa perkara berlaku seperti kita ‘menambahkan maklumat’ dan ‘kita meninggalkan maklumat.’ Terdapat 3 fenomena yang mendorong kita berbuat demikian:

1) Inferens
Contohnya, seseorang penjaga gol cedera di kepala semasa perlawanan bola sepak. Dalam pada masa yang sama tidak pula dinyatakan bagaimana kepala penjaga itu boleh tercedera. Mungkin terkena kaki pemain lawan, mungkin juga terhantuk pada tiang gol atau sebagainya.

2) Stereotaip

stereotaip ialah butir maklumat / pengetahuan berkenaan ciri-ciri personaliti atau atribut fizikal yang kita andaikan sebagai benar bagi suatu kumpulan orang. Bermaksud kita hanya mengandaikan sahaja mengenai orang itu.

3) Skema
Skema ialah struktur kognitif dalam ingatan jangka panjang yang merupakan perwakilan abstrak mengenai sesuatu objek, perkara atau peristiwa yang kita
telah mengalami dalam dunia sebenar.


Lupaan

Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Lupaan ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam kehidupan seseorang. Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama tidak digunakan atau diaplikasikan sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan baik.

(http://nasran-rushdi.blogspot.com/2009/08/tajuk-model-pemprosesan-maklumat-dalam.html )

No comments:

Post a Comment