Tuesday, August 3, 2010

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT




Model ekspositori

Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas.Oleh itu,kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.Dalam model ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau teorem matematik dan menerang sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar untuk menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasar kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari.

Contoh utama model ekspositori

Model resepsi Ausubel

the presentation of teaching based on the learning materials which are logically & systematically arranged in its final form, would enable students to integrate them with their previous knowledge by means of their own initiative, so as to acquire new knowledge more effectively”

Implikasi

Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja. Contoh: Model Resepsi Ausubel (David P. Ausubel 1961).

Model inkuiri




Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat.Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk soalan ,membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali membuat rumusan. Contohnya model inkuiri sains (Model Dewey) digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan ciri-ciri unsur sains berlandaskan kepada 5 langkah:
  • Mengenal pasti masalah.
  • Mencari maklumat rumusan
  • Membuat hipotesis.
  • Menguji hipotesis.
  • Menilai dan membuat rumusan.


Model Inkuiri Sosial

Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan.Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik merangkumi 6 langkah
iaitu:

  • Pembentukan masalah oleh guru.
  • Pembentukan hipotesis oleh murid.
  • Memberi definisi kepada hipotesis.
  • Perbincangan kesahan hipotesis.
  • Mencari sokongan untuk hipotesis.
  • Membuat kesimpulan atau rumusan.

Model inkuiri jurispudential

Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu.Ia juga berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.Contohnya, belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera. Model ini terbahagi kepada 3 iaitu inkuiri terbimbing melalui bimbingan guru. Sesuai digunakan untuk peringkat Sekolah.Rendah dan Menengah. Inkuiri terbuka pula tidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan oleh murid sendiri. Ia sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.


Inkuiri suchman

Berlandaskan andaian bahawa strategi –strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah,khasnya mata pelajaran sains.
Langkah-langkah inkuiri suchman:
  • Guru kemukakan masalah.
  • Guru terang proses inkuiri untuk selesaikan masalah.
  • Pelajar dibimbing membuat hipotesis.
  • Pelajar mengumpul data.
  • Uji hipotesis.
  • Membuat rumusan.
  • Guru dan pelajar bersama berbincang / menganalisis.

Model Projek

Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). Model ini menekankan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang. Di samping itu, model projek menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian luar dan lawatan.



No comments:

Post a Comment